Monday, March 28, 2011

Program Selembar Kasih Bersama Bomba

Bas yang digunakan untuk ke Bomba Hi-Tech
Program Selembar Kasih Bersama Bomba dilaksanakan pada 27 Mac 2011.Program ini disertai oleh 5 buah Kelas Tabika Perpaduan Daerah Kulim iaitu :

1.  KTP Taman Angsana
2.  KTP Taman Selasih 1
3.  KTP Taman Selasih 2
4.  KTP Taman Selasih 3
5.  KTP Taman Seri Limau.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan Bomba kepada mayarakat.

Kami kelima-lima KTP yang menjayakan program ini merakamkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada En Mohd Fazlie bin Fisol kerana kepercayaan beliau mengizinkan kami untuk melaksanakan program ini.

Jutaan terima kasih juga saya rakamkan kepada pihak Bomba Dan Penyelamat Kulim Hi-Tech serta buat rakan-rakan yang dikasihi kerana memberi kerjasama yang jitu sehingga terlaksananya program ini dengan jayanya.




Murid-murid sedang mendengar taklimat setibanya di perkarangan Bomba HI-Tech

Program disertai oleh 10 orang Guru Pengiring bersama 150 orang murid.

Adik Lokman Hakim sedang mencuba pakaian Bomba

Taklimat dari Pegawai Bomba

Cita-cita nak jadi Pegawai Bomba, tak dapat boleh pakai baju pun jadilah .......

Bergambar kenangan bersama Pegawai Bomba

Api ! Api ! kenapa kau tak mau padam ..........