Sunday, February 12, 2012

Mesyuarat Penubuhan JPTP 2012

 Mesyuart Penubuhan JPTP 2012 dilaksanakan pada

                Tarikh     :  30 Januari 2012 ( Isnin )
                Masa      :   3.00 petang
                Tempat   :   KTP Taman Selasih

Penyertaan terdiri daripada 4 buah tabika  :

               1.  KTP Taman Angsana
               2.  KTP Taman Selasih 1
               3.  KTP Taman Selasih 2
               4.  KTP Taman Selasih 3

Alhamdulillah majlis tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Terimakasih buat semua guru-guru yang terlibat menjayakan majlis tersebut.Jua penghargaan dan terimakasih buat semua hadirin yang sudi hadir pada majlis tersebut. Amin.



Waris-waris yang hadir


Barisan wakil-wakil dari KRT dan Pegawai Perpaduan yang hadir

Taklimat disampaikan oleh En Mohd Nor Bin Daud .

Pendaftaran dikendalikan oleh guru-guru kelas
Memulakan sesi pembelajaran 2012 dengan anak-anak baru seramai 33 orang.


           KTP Taman Angsana dengan Moto TABIKA PERPADUAN PILIHAN NO 1 IBU BAPA

     Semuga ianya dapat direalisasikan berkat kekuatan seluruh warga KTP Taman Angsana yang sentiasa  memberikan kerjasama kepada kami guru-guru di KTP Taman Angsana.Jutaan terimakasih buat seluruh AJK Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Taman Angsana.


Angsana Coner 2012

 KTP TAMAN ANGSANA 2012

Setelah sekian lama ditinggal kesepian kini barulah berkesempatan ku jengah kembali blok yang sekian lama ku tinggalkan sepi kesunyian tanpa ku intai disebabkan kesebokan yang terpaksa ku lalui. Dengan semangat yang berkobar-kobar kini ku ingin memulakan semula lembaran baru ku bersama bidang yang amat ku cintai ini.Semua yang ku tinggalkan sebelum ini akan ku mulakan kini menjelang 2012 dengan wajah baru.......


Wajah baru  KTP Taman Angsana


Tuesday, September 13, 2011

JAMUAN RAYA 2011 ( RUMAH TERBUKA TABIKA PERPADUAN TAMAN ANGSANA

Jamuan Raya 2011 dilaksanakan sempena Hari Raya Aidilfitri yang baru sahaja berlalu. Ianya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerja kuat semua AJK dan waris yang begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya,

Tanggal 11 September 2011 (Ahad) jam 9.00 pg maka terlaksanalah majlis tersebut yang turut dihadiri oleh En Azmi bin Ismail selaku Pengerusi JPTP,En Osman selaku Pengerusi KRT Taman Angsana/Seri Pinang dan En Suresh Kumar selaku Bendahari KRT Taman Angsana/Seri Pinang.

Berikut gambar-gambar sekitar perlaksanaan yang boleh kita tatapi unuk dikongsi bersama anda semua.



Juadah-juadah yang dapat disediakan bagi majlis tersebut
 s
Bergambar bersama Pengerusi dan Bendahari KRT Taman Angsana/Seri Pinang
Dapat duit raya lagi........ bestnye....syukur alhamdulillah

emmm sedapnya..... sepakat membawa berkat...

Jangan tinggal daku, oh ...adik, oh.... manisku, Jangan lupakan kami1111111111111111

Jutaan terimakasih kepada semua yang sudi hadir, budi kalian tidak akan saya lupakan.

Waris-waris yang hadir memriahkan lagi majlis tersebut.
























Sunday, August 21, 2011

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG



             Warga KTP Taman Angsana bersama Ahlijawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Taman Angsana dengan sukacitanya telah melaksanakan "Program Kempen Kibar Jalur Gemilang" sempena sambutan " MERDEKA" pada tahun 2011ini.

             Program dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut :
                      Tarikh :  21 Ogos 2011 (Ahad)

             Biarpun sedang berpuasa ternyata semua waris begitu bersemangat,berganding bahu,bertungkus lumus memasang bendera menghias fasarana kelas Tabika Perpaduan Taman Angsana dengan penuh semangat patriotik tanpa menghiraukan lapar dan dahaga.

             Saya bagi pihak KTP Taman Angsana merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak samaada secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program ini.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan sekitar perlaksanan program tersebut :



 
Bergambar kenangan bersana AJK-AJK JPTP yang hadir menjayakan program



Bersedia untuk memulakan program...


Semangatnya anak-anak untuk mengibarkan Jalur Gemilang

Meriahnya........ bestnya.... cantiknya.....bersemangat sungguh......

Berarak sambil mengibarkan bendera diiringi nyanyian  lagu " Tanggal 31"

MERDEKA!!!!!!    MERDEKA!!!!!!! MERDEKA!!!!!!!!!!



Bergotong-royong memasang bendera

pasang jangan tak pasang...... cepat la adik oii...dah tak sabar dah n...


rajin nya... biarpun berpuas kerja ........mantap

adik-adik sedang menyiapkan kad MERDEKA untuk ayah dan bonda

Tekunnya... tampal biar betul ya..... jangan silap pula gambar menteri tu.. kalau tak tahu tanya cikgu ye...

Hasil yang diperolehi ... amat menakjubkan... Buat semua AJK kalau nak gambar hubungi saya ye..... bisnes he...he...he

KEM SOLAT KTP TAMAN ANGSANA

 Kem Solat
              Aktiviti yang cuba dilaksanakan kepada murid-murid sebagai latihan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid cara-cara untuk bersolat dengan betul.        

              Aktiviti ini memerlukan komitmen dan pengurusan yang tinggi dari semua pihak,baik dari pihak guru maupun dari pihak waris.Biarpun demikian hasil yang diperolehi amatlah baik dan ternyata aktiviti ini menarik kerana melalui raut wajah murid-murid yang ceria dan kesungguhan murid-murid di dalam melaksanakan program ini.

             Melalui gambar-gambar yang akan dipaparkan ini dapatlah kiranya ianya dikongsi bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di dalam melaksanakan amanah yang dipikul.Buat anak-anak didik ku sayang, tahniah kepada semua kerana berjaya meletakkan diri anak-anak semua dengan nilai-nilai murni yang perlu dipupuk semasa kecil lagi bak kata pepatah " Hendak melentur buluh biarlah dari rebung lagi"  Semuga pengajaran yang sekecil ini  boleh dibuat bekalan sehingga dewasa nanti.



sedang bersedia sebelum memulakan simulasi bersolat

Daniel Hakimi sedang melaungkan azan sebelum memulakan solat

Khusyuk nya mendengar laungan azan.... macam-macam ada....

Solat dah dimulakan dengan takbir........Allahhuakbar

Sedang membaca surah .....Al-Fatihah

Sedang sujud........terasa seribu keinsafan di dalam hati..... sayu melihatnya

Duduk antara dua sujud.... anak-anak ku .....indahnya ciptaanmu ... ya Allah

Lihatlah wajah-wajah kerdil ini... didiklah mereka  seikhlas hatimu..... Insyaallah

Ya Allah ya Tuhanku.. kepadamu hambamu memohon ....amin

Generasi,bakal penjana 1 Malaysia

latihan berakhir dengan jayanya..... Amin