Monday, April 18, 2011

KEM SEMARAK KASIH " 1 MALAYSIA "

Program Kem Semarak Kasih "1 Malaysia " dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut :
 Tarikh  :  14 & 15 April 2011
Lokasi :   Kelas Tabika Perpaduan Taman Selasih,
               09000 Kulim, Kedah.

Program ini disertai sebanyak 21 buah kelas Tabika Perpaduan JPNIN Daerah Kulim/Bandar Baharu dan dijayakan seramai 126 orang murid-murid tabika berbilang kaum di bawah bimbingan guru-guru Tabika JPNIN Daerah Kulim sebagai fasilitator.

Objektif Program :
  • Membina jati diri dikalangan murid-murid.
  • Menyuburkan potensi diri yang seimbang dan harmonis dari segi JERIS
  • Memupuk semangat perpaduan berbilang kaum antara murid, guru, waris dan masyarakat setempat.
Penghargaan

Setinggi penghargaan dan terimakasih kepada semua pihak yang memberi komitmen dan kerjasama yang jitu khususnya buat ibu-bapa dari KTP Taman Angsana sehingga terlaksananya program ini dengan jayanya.


    Salah seorang daripada AJK JPTP sedang memasang khemah. Terima kasih daun keladi,lain kali boleh lagi

Ewah ! Ewah ! Akma dan Daniel santai kat khemah,  Best nye .....
            

Sesi pembentukan kumpulan di awal program
                                              
Ramainya ............... 126 orang murid ikut serta
                                               
Pemasangan unggun api ........panas ! ........Panas !!!!
                                             

Sedang menikmati sarapan pagi .....................emmmmmmmm sedapnye
                                        
Aktiviti kecergasan badan  " SENAMSENI 1 MALAYSIA :
                                  
Waris-waris dalam slot motivasi bertajuk " Pendidikan Kearah Pembentukan Anak Yang Soleh Dan Solehah "

Hasil kerja murid melalui LDK dari doh
                                                  
Hasil kerja murid melalui LDK dari bahan-bahan terbuang