Sunday, August 21, 2011

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG



             Warga KTP Taman Angsana bersama Ahlijawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Taman Angsana dengan sukacitanya telah melaksanakan "Program Kempen Kibar Jalur Gemilang" sempena sambutan " MERDEKA" pada tahun 2011ini.

             Program dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut :
                      Tarikh :  21 Ogos 2011 (Ahad)

             Biarpun sedang berpuasa ternyata semua waris begitu bersemangat,berganding bahu,bertungkus lumus memasang bendera menghias fasarana kelas Tabika Perpaduan Taman Angsana dengan penuh semangat patriotik tanpa menghiraukan lapar dan dahaga.

             Saya bagi pihak KTP Taman Angsana merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak samaada secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program ini.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan sekitar perlaksanan program tersebut :



 
Bergambar kenangan bersana AJK-AJK JPTP yang hadir menjayakan program



Bersedia untuk memulakan program...


Semangatnya anak-anak untuk mengibarkan Jalur Gemilang

Meriahnya........ bestnya.... cantiknya.....bersemangat sungguh......

Berarak sambil mengibarkan bendera diiringi nyanyian  lagu " Tanggal 31"

MERDEKA!!!!!!    MERDEKA!!!!!!! MERDEKA!!!!!!!!!!



Bergotong-royong memasang bendera

pasang jangan tak pasang...... cepat la adik oii...dah tak sabar dah n...


rajin nya... biarpun berpuas kerja ........mantap

adik-adik sedang menyiapkan kad MERDEKA untuk ayah dan bonda

Tekunnya... tampal biar betul ya..... jangan silap pula gambar menteri tu.. kalau tak tahu tanya cikgu ye...

Hasil yang diperolehi ... amat menakjubkan... Buat semua AJK kalau nak gambar hubungi saya ye..... bisnes he...he...he

KEM SOLAT KTP TAMAN ANGSANA

 Kem Solat
              Aktiviti yang cuba dilaksanakan kepada murid-murid sebagai latihan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid cara-cara untuk bersolat dengan betul.        

              Aktiviti ini memerlukan komitmen dan pengurusan yang tinggi dari semua pihak,baik dari pihak guru maupun dari pihak waris.Biarpun demikian hasil yang diperolehi amatlah baik dan ternyata aktiviti ini menarik kerana melalui raut wajah murid-murid yang ceria dan kesungguhan murid-murid di dalam melaksanakan program ini.

             Melalui gambar-gambar yang akan dipaparkan ini dapatlah kiranya ianya dikongsi bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di dalam melaksanakan amanah yang dipikul.Buat anak-anak didik ku sayang, tahniah kepada semua kerana berjaya meletakkan diri anak-anak semua dengan nilai-nilai murni yang perlu dipupuk semasa kecil lagi bak kata pepatah " Hendak melentur buluh biarlah dari rebung lagi"  Semuga pengajaran yang sekecil ini  boleh dibuat bekalan sehingga dewasa nanti.



sedang bersedia sebelum memulakan simulasi bersolat

Daniel Hakimi sedang melaungkan azan sebelum memulakan solat

Khusyuk nya mendengar laungan azan.... macam-macam ada....

Solat dah dimulakan dengan takbir........Allahhuakbar

Sedang membaca surah .....Al-Fatihah

Sedang sujud........terasa seribu keinsafan di dalam hati..... sayu melihatnya

Duduk antara dua sujud.... anak-anak ku .....indahnya ciptaanmu ... ya Allah

Lihatlah wajah-wajah kerdil ini... didiklah mereka  seikhlas hatimu..... Insyaallah

Ya Allah ya Tuhanku.. kepadamu hambamu memohon ....amin

Generasi,bakal penjana 1 Malaysia

latihan berakhir dengan jayanya..... Amin