Sunday, August 21, 2011

KEM SOLAT KTP TAMAN ANGSANA

 Kem Solat
              Aktiviti yang cuba dilaksanakan kepada murid-murid sebagai latihan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid cara-cara untuk bersolat dengan betul.        

              Aktiviti ini memerlukan komitmen dan pengurusan yang tinggi dari semua pihak,baik dari pihak guru maupun dari pihak waris.Biarpun demikian hasil yang diperolehi amatlah baik dan ternyata aktiviti ini menarik kerana melalui raut wajah murid-murid yang ceria dan kesungguhan murid-murid di dalam melaksanakan program ini.

             Melalui gambar-gambar yang akan dipaparkan ini dapatlah kiranya ianya dikongsi bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di dalam melaksanakan amanah yang dipikul.Buat anak-anak didik ku sayang, tahniah kepada semua kerana berjaya meletakkan diri anak-anak semua dengan nilai-nilai murni yang perlu dipupuk semasa kecil lagi bak kata pepatah " Hendak melentur buluh biarlah dari rebung lagi"  Semuga pengajaran yang sekecil ini  boleh dibuat bekalan sehingga dewasa nanti.



sedang bersedia sebelum memulakan simulasi bersolat

Daniel Hakimi sedang melaungkan azan sebelum memulakan solat

Khusyuk nya mendengar laungan azan.... macam-macam ada....

Solat dah dimulakan dengan takbir........Allahhuakbar

Sedang membaca surah .....Al-Fatihah

Sedang sujud........terasa seribu keinsafan di dalam hati..... sayu melihatnya

Duduk antara dua sujud.... anak-anak ku .....indahnya ciptaanmu ... ya Allah

Lihatlah wajah-wajah kerdil ini... didiklah mereka  seikhlas hatimu..... Insyaallah

Ya Allah ya Tuhanku.. kepadamu hambamu memohon ....amin

Generasi,bakal penjana 1 Malaysia

latihan berakhir dengan jayanya..... Amin

No comments:

Post a Comment