Thursday, June 30, 2011

Program Pertandingan Inovasi

         Program Pertandingan Inovasi telah diisi dengan 3 pengisian yang berbeza bagi membolehkan program ini disertai bersama oleh waris-waris dan masyarakat setempat. Tanggal 19 Jun 2011 dengan penuh ceria program pun dilaksanakan dengan jayanya.
       
                         Pengisian Program   
                                    
                               1. Pertandingan Hafazan
                                   ( Suroah Al-Fatihah dan Khulhuwallah
                               2. Pertandingan Gubahan Tuala
                               3. Pertandingan Pakaian Beragam.

Penyertaan dan Penglibatan

                          1. Pertandingan Hafazan  -   murid-murid sahaja

                          2. Pertandingan Pakaian Beragam - waris dan murid-murid
                           
                          3. Pertandingan Gubahan Tuala  -  Waris Sahaja

Alhamdulillah dengan izinnya program berjalan lancar mengikut perancangan.Sekalung penghargaan dan ucapan terimakasih kepada En Mohd Fazlie kerana sudi hadir bagi memeriahkan lagi program ini

Buat En Fazlie                           
 " Terima kasih daun keladi.
    Lain kali datanglah lagi "

Terima kasih juga buat ibu-ibu yang begitu kreatif membuat gubahan tuala yang sangat unik, Jangan serik,jika ada umur kita buat lagi.....
      
Gubahan dari tuala turut dipertandingkan

Cikgu Nor Eda Bahari - Pengadil pertandingan hafazan, Tq very much....

Pengadil pertandingan gubahan tuala

Hadiah Pertandingan

Adik Hamizan tampil bergaya dengan busana pakaian pahlawan dari gua tempurung

Peserta-peserta cilik bagi pertandingan pakaian beragam

Hasil-hasil gubahan untuk dipertandingkan

 Sedang leka melihat seorang murid membaca surah Al-Fatihah dan Khulhuwallah

Terimalah dari hamba,hadiah yang tak seberapa hanya tanda mata.

Majlis Penyampaian Hadiah

Majlis penyampaiann hadiah kepada waris-waris yang berjaya

Majlis penyampaian hadiah

Jemputlah menikmati juadah yang terhidang. Nape tengaok saje..........ha, ha, ha,,ha

PROGRAM SAMBUTAN HARIJADI, HARI IBU DAN HARI

PROGRAM SAMBUTAN HARIJADI, HARI IBU DAN HARI 
GURU KTP TAMAN ANGSANA
 
          Program dirancang dan dilaksanakan dengan usahasama dari Guru, seluruh ahlijawatankuasa  Penyelaras Tabika Perpaduan Taman Angsana dan waris-waris yang begitu perihatin dan peka pada  situasi dan keadaan semasa khusus buat semua warga KTP Taman Angsana.
          Dalam suasana penuh keriangan tanggal 26 Mei 2011 program dimulakan seawal jam 8.30 pagi bertempat di KTP Taman Angsana. Begitu terujanya anak-anak didik saya bersama waris masing-masing dengan penuh tekun dan saling bantu membantu menyiapkan kad-kad ucapan untuk diserahkan kepada yang berhak menerimanya samaada guru ataupun bonda tercinta. Murid-murid juga diraikan dengan upacara pemotongan kek sempena menyambut hari jadi.
          Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ingin saya rakamkan disini buat semua waris yang sudi memberi sumbangan kuih-muih yang begitu banyak sekali bagi menjayakan program ini. Budi Tuan/Puan tak dapat saya membalasnya. Hanya Allah sahaja yang dapat memberi ganjarannya kerana ia maha adil lagi maha mengetahui segalanya. Amin......
          Akhir kata serangkap pantun dari saya

          Pucuk pauh delima batu
          Anak sembilang di tapak tangan
          Biarpun jauh beribu batu
          Budi Tuan/Puan kekal diingatan
   
Kek Harijadi









Juadah-juadah yang disumbangkan oleh par waris......emmm sedapnya

Sedang bersedia untuk memulakan acara membuat kad ucapan

Amboi ... tekunnya sampai tak pandang kiri dan kanan

Kita lihat hasilnya nanti ........

Tekunnya...... buat apa tu, buat jangan tak buat........

Kad-kad ucapan yang berjaya dihasilkan

Murid bergambar bersama kad ucapan masing-masing yang berjaya dihasilkan

Bergambar kenangan bersama waris tercinta yang turut sama menjayakan program ini.

Wednesday, June 29, 2011

Sukandidik 2011

 SUKANDIDIK 2011 DAERAH KULIM

               Bertujuan untuk membina perkembangan motor kasar dengan melakukan kemahiran motor kasar lokomotor.
                Disamping itu program ini juga bertujuan untuk membina perkembangan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Program dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:

                  Tarikh   :   15 Mei 2011
                  Tempat :   Padang Awam Kulim.


                Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua ahlijawatankuasa serta waris-waris yang sudi bersama-sama memerah keringat, bermandi peluh di bawah sinaran mentari untuk melatih anak-anak didik tersayang untuk mengambil bahagian di dalam acara-acara yang dipertandingkan.

                Sesunguhnya jerit payah semua berbaloi apabila KTP Taman Angsana yang memakai nama pasukan TEKUN berjaya mendapat tempat antara yang berjaya di dalam program tersebut.

                 Sedih bercampur gembira, berlinang airmata apabila berada di pentarana untuk menerima trofi kemenangan. Alhamdulillah...........................

 
Bersiap diri untuk memulakan perarakan masuk kontinjen
    
Perarakan masuk kontinjen TEKUN

Excited sangat nak sukan sampai tak tidur malam... Alahai anak omak.......

Seronok sangat ..... hingga tak terkata.. TEKUN boleh....TEKUN boleh

Bersedia di tengah padang untuk upacara perasmian

Upacara perasmian disempurnakan oleh PPPK Daerah Kulim En Mohd Nor Bin Daud

Gimik Perasmian

Berdiri megah kunci tanda bermulalah Sukandidik 2011 Daerah Kulim

Bacaan Ikrar Sukan oleh adik Agil Amsyar dari KTP Taman Angsana

Bersedia untuk memulakan pertandingan