Thursday, June 30, 2011

PROGRAM SAMBUTAN HARIJADI, HARI IBU DAN HARI

PROGRAM SAMBUTAN HARIJADI, HARI IBU DAN HARI 
GURU KTP TAMAN ANGSANA
 
          Program dirancang dan dilaksanakan dengan usahasama dari Guru, seluruh ahlijawatankuasa  Penyelaras Tabika Perpaduan Taman Angsana dan waris-waris yang begitu perihatin dan peka pada  situasi dan keadaan semasa khusus buat semua warga KTP Taman Angsana.
          Dalam suasana penuh keriangan tanggal 26 Mei 2011 program dimulakan seawal jam 8.30 pagi bertempat di KTP Taman Angsana. Begitu terujanya anak-anak didik saya bersama waris masing-masing dengan penuh tekun dan saling bantu membantu menyiapkan kad-kad ucapan untuk diserahkan kepada yang berhak menerimanya samaada guru ataupun bonda tercinta. Murid-murid juga diraikan dengan upacara pemotongan kek sempena menyambut hari jadi.
          Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ingin saya rakamkan disini buat semua waris yang sudi memberi sumbangan kuih-muih yang begitu banyak sekali bagi menjayakan program ini. Budi Tuan/Puan tak dapat saya membalasnya. Hanya Allah sahaja yang dapat memberi ganjarannya kerana ia maha adil lagi maha mengetahui segalanya. Amin......
          Akhir kata serangkap pantun dari saya

          Pucuk pauh delima batu
          Anak sembilang di tapak tangan
          Biarpun jauh beribu batu
          Budi Tuan/Puan kekal diingatan
   
Kek Harijadi









Juadah-juadah yang disumbangkan oleh par waris......emmm sedapnya

Sedang bersedia untuk memulakan acara membuat kad ucapan

Amboi ... tekunnya sampai tak pandang kiri dan kanan

Kita lihat hasilnya nanti ........

Tekunnya...... buat apa tu, buat jangan tak buat........

Kad-kad ucapan yang berjaya dihasilkan

Murid bergambar bersama kad ucapan masing-masing yang berjaya dihasilkan

Bergambar kenangan bersama waris tercinta yang turut sama menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment