Wednesday, July 27, 2011

P&P for 2 day

 Terkenang kembali detik-detik indah tatkala melaksanakan aktiviti P&P bersama murid-murid, maka dengan ini beberapa gambar sempat dirakamkan sebagai kenang-kenangan dan untuk dikongsi bersama rakan-rakan seperjuangan.

  Tema :  Alam Semulajadi
  Sub Tema :  Tumbuh-Tumbuhan

  Aktiviti  : Capan Daun

  Refleksi  :  Aktiviti dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Murid-murid begitu teruja untuk melaksanakannya. Ini ternyata apabila diberikan apron semua murid cuba memakainya walaupun ada segelintir murid tidak tahu memakainya.Pandangan saya berpusat kepada seorang murid yang sedang memakaikan apron kepada  rakannya yang tidak tahu memakai apron.Bayangkan betapa akrabnya mereka.Nilai-nilai murni inilah yang sentiasa diterapkan saban hari dan alhamdulillah ianya kini menjadi nyata  apabila dengan sendirinya ianya terjadi.

                    Aktiviti sebegini juga boleh dilaksanakan di kelas tetapi guru perlu membuat persediaan yang terancang bagi memudahkan aktiviti  dilaksanakan dengan jayanya. Aktiviti ini juga menarik kerana semua murid ingin mencubanya. Pada permulaannya agak rumit tetapi akhirnya terhasil capan daun mengikut kreativiti masing-masing.


Bergambar sebelum memulakan aktiviti..... dah siap pakai apron.......comey

Tekun mewarna daun... dah tak pandang kanan dan kiri.....

Sedang meratakan warna ke atas belakang daun untuk di cap keatas kertas lukisan

Seroniknya main warna..........

Adik Aqil Amsyar bersama capan yang berjaya dihasilkannya

Apa la nak jadi niii....... kita lihat hasilnya nanti

Daniel dengan capan daun yang berjaya dihasilkannya.... sukanya dia

Kenapa ni.... tak tau nak pakai ka ? Tolong !!!!!!!!!!!!!!!!!

Ahamdulillah biarpun agak rumit ianya terhasil jua.Semuga pengalaman yang diperolehi melalui aktiviti ini akan digunakan oleh murid-murid suatu masa nanti bila diperlukan.

Tuesday, July 26, 2011

PROGRAM MALAM SI KUNANG KUNANG


       PROGRAM MALAM SI KUNANG KUNANG 
 TABIKA PERPADUAN TAMAN ANGSANA

             Perlaksanaan bertarikh :  25 & 26 Jun 2011
             Dijalankan serentak oleh seluruh Tabika Perpaduan Negeri Kedah

OBJEKTIF PROGRAM

  • Memupuk nilai-nilai kasih sayang antara rakan sebaya melalui pergaulan semasa bermalam di tabika.
  • Memberi pendedahan kepada kanak-kanak agar dapat berdikari.
  • Membina semangat perpaduan antara tabika dan waris.
  • Membina ikatan dan jaringan ukhwah antara guru,waris dan masayarakat setempat.


MAJLIS PERASMIAN DAN BACAAN WATIKAH 

Telah disempurnakan dengan jayanya oleh 
EN AZMI BIN ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan Taman Angsana


Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sekitar program tersebut yang meninggalkan nostalgia yang bakal dikenang selamanya. Muga program sebegini dapat dilaksanakan lagi......dimasa akan datang.


Murid serta waris yang ikut serta menjayakan program.

Berbaris bagi memulakan program

Menunggu detik 5.00 petang bagi melancarkan dengan rasminya Program Malam Si kunang Kunang

Ramainya .......Alhamdulillah program mendapat sambutan yang menggalakkan dari RT, AJK JPTP dan Waris.

En Azmi Bin Ismail, Pengerusi JPTP sedang membaca watikah dari Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah





















Sesi Riadah..... Syoknya junggle tracking........

Sambut jangan tak sambut..... seronoknya sekali sekala dapat main begini.............

Yang nii.... amboi mak.....tingginya panjat.... awas dek jatuh nanti.... insuran x cover......

Tazkirah bersama Ustazah jemputan.....

Sembahyang berjemaah ...........come-comenya anak-anak ni.... sayu hati lihat kerenah mereka.....

Daniel!!!!  tengok apa tu... apa la yang di renung tu...sampai tak berkelip mata...

Sesi menjamu selera ........ emmmmm sedapnya...hingga menjilat jari

Hai anak-anak didik ku, muga kamu sentiasa dlindungi dan rahmati Allah hendaknya, Kasih sayang dariku buatmu selamanya.... Amin.
        SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KEPADA SEMUA PIHAK   YANG TURUT SERTA SAMAADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DI DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.