Terkenang kembali detik-detik indah tatkala melaksanakan aktiviti P&P bersama murid-murid, maka dengan ini beberapa gambar sempat dirakamkan sebagai kenang-kenangan dan untuk dikongsi bersama rakan-rakan seperjuangan.
Tema : Alam Semulajadi
Sub Tema : Tumbuh-Tumbuhan
Aktiviti : Capan Daun
Refleksi : Aktiviti dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Murid-murid begitu teruja untuk melaksanakannya. Ini ternyata apabila diberikan apron semua murid cuba memakainya walaupun ada segelintir murid tidak tahu memakainya.Pandangan saya berpusat kepada seorang murid yang sedang memakaikan apron kepada rakannya yang tidak tahu memakai apron.Bayangkan betapa akrabnya mereka.Nilai-nilai murni inilah yang sentiasa diterapkan saban hari dan alhamdulillah ianya kini menjadi nyata apabila dengan sendirinya ianya terjadi.
Aktiviti sebegini juga boleh dilaksanakan di kelas tetapi guru perlu membuat persediaan yang terancang bagi memudahkan aktiviti dilaksanakan dengan jayanya. Aktiviti ini juga menarik kerana semua murid ingin mencubanya. Pada permulaannya agak rumit tetapi akhirnya terhasil capan daun mengikut kreativiti masing-masing.
|
Bergambar sebelum memulakan aktiviti..... dah siap pakai apron.......comey |
|
Tekun mewarna daun... dah tak pandang kanan dan kiri..... |
|
Sedang meratakan warna ke atas belakang daun untuk di cap keatas kertas lukisan |
|
Seroniknya main warna.......... |
|
Adik Aqil Amsyar bersama capan yang berjaya dihasilkannya |
|
Apa la nak jadi niii....... kita lihat hasilnya nanti |
|
Daniel dengan capan daun yang berjaya dihasilkannya.... sukanya dia |
|
Kenapa ni.... tak tau nak pakai ka ? Tolong !!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
Ahamdulillah biarpun agak rumit ianya terhasil jua.Semuga pengalaman yang diperolehi melalui aktiviti ini akan digunakan oleh murid-murid suatu masa nanti bila diperlukan.
No comments:
Post a Comment